Sunday 25 December 2011

Mari Kenali Alfalfa



Alfalfa bukan vitamin mahupun mineral tetapi adalah salah satu sumber terkaya di dunia bagi beberapa jenis vitamin dan mineral. Perkataan "alfalfa" berasal dari perkataan arab yang bermaksud "raja segala tumbuhan" dan sememangnya alfalfa adalah raja segala tumbuhan.

Alfalfa salah satu makanan paling lengkap dan paling mujarab dari segi nutrisi, yang boleh dijumpai dalam alam semula jadi. Tumbuhan ringkas ini mampu membekalkan 15 jenis mineral, 10 jenis vitamin dan juga gentian.

Sesetengah daripada gentiannya adalah unik bagi alfalfa sahaja dan tidak didapati dengan begitu ketara dalam tumbuhan-tumbuhan lain. Ia juga membekalkan 8 jenis enzim perlu yang membantu kita menghadamkan lemak, karbohidrat dan protein. Alfalfa juga merupakan sumber yang kaya dengan klorofil; iaitu salah satu pendetoksikan dan penyahbauan alam semula jadi yang terbaik. ia juga mempunyai kandungan protein yang tinggi di samping mengandungi setiap asid amino perlu.

Salah satu rahsia pokok alfalfa terletak pada sistem akarnya yang begitu panjang. Akar alfalfa menjalar jauh ke dalam tanah sehingga mencecah sedalam 26 kaki, oleh itu ia dapat menyedut nutrien-nutrien yang tidak boleh dicecah oleh tumbuhan-tumbuhan lain seperti selenium, silikon, zink, potasium, kalsium, besi. Daunnya juga mengandungi saponins, phytoesrogen dan anti oksidan.

Alfalfa banyak digunakan untuk masalah keletihan. penghadaman, kurang selera makan, artritis, alergi, asma dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment