Sunday 8 July 2012

UPDATE JUN 2012

SEKALUNG TAHNIAH
KEPADA  
EXEC.DIRECTOR MD.ZAN, EXEC.DIRECTOR ZAIYAH &
DIRECTOR HAMZAH
DIATAS PENCAPAIAN YANG DIPEROLEHI

Monday 6 February 2012

Seminar Pembangunan Usahawan Si JUARA

UNTUK TEMPAHAN TEMPAT DUDUK BOLEH HUBUNGI USAHAWAN JUARA MENGIKUT LOKASI ANDA. TEMPAT ADALAH TERHAD.

Monday 23 January 2012

SIAPA YANG HARUS MINUM JUARA KLOROFIL CECAIR

Juara Klorofil Cecair sesuai diminum oleh semua lapisan masyarakat dan agama tanpa sebarang kesan buruk.


  • Kanak-kanak - membantu tumbesaran kanak-kanak dan mengekalkan stamina.
  • Wanita - pengawalan haid, merangsang pengeluaran hormon seks bagi wanita.
  • Ahli sukan - menguatkan ketahanan dan menambah tenaga.
  • Orang tua - memelihara kesihatan dan memanjangkan usia.
  • Pemakan sayur - ia diperbuat daripada tumbuhan alfalfa yang kaya dengan zat nutrien.
  • Wanita mengandung - ia kaya dengan mineral tumbuhan semulajadi seperti bahan besi dan kalsium yang bermanfaat kepada si ibu serta embrio dalam kandungannya.
  • Orang yang kurang sihat - membersih usus dan darah, membaik pulih dan memelihara organ-organ badan serta menguatkan sistem imunisasi.
  • Orang yang sihat - keadaan kesihatan bertambah baik.
  • Perokok dan kaki arak - membantu organ hati kita membersihkan toksin arak dan menyahtoksidkan organ paru-paru dan sistem pernafasan serta menghindarkan keracunan nikortin.
  • Pemakan daging dan makanan segera - pakar pemakanan si seluruh dunia mengesahkan bahawa manusia perlu makan lebih sayur-sayuran daripada daging. Oleh demikian Juara Klorofil amat sesuai diminum oleh golongan tersebut kerana ia adalah sejenis jus sayuran.

KETAHUI KEBAIKAN MENGAMALKAN JILC

Melawan Radikal Bebas Untuk Mengurangkan Kedutan & Penuaan

Klorofil dalam alfalfa mengandungi agen anti-oksida yang dapat mengurangkan radikal bebas dalam badan kita. Radikal bebas melemahkan badan dan membuat kita senang menjadi sakit. Radikal bebas adalah unsur oksida aktif yang dihasilkan oleh tubuh kita melalui proses metabolisme pemecahan makanan dan oksigen yang menghapuskan protein, lipid dan DNA. Ini akan mengakibatkan sel-sel biasa berubah dan menyebabkan bermacam-macam penyakit kepada tubuh kita. Radikal bebas adalah punca utama kepada penuaan.


Klorofil sangat kaya dengan:

Zink – Gabungan zink bersama vitamin A menggalakkan kesihatan yang baik
Selenium – Melindungi dan memperbaharui sel-sel badan
Vitamin E – Anti-penuaan, menyuburkan kulit dan mengaktifkan otak
Vitamin C – Meningkatkan kecergasan dan memiliki unsur-unsur anti-kanser
Vitamin A – Memperkuatkan fungsi jantung dan penglihatan
Lain-lain nutrien termasuklah protein, biotin, asid folik, asid pantotenik dan mineral-mineral seperti kalsium, kobalt, kromium, fosforus, silikon, potassium, mangan, magnesium, besi dan lain-lain.


Menggalakkan Pertumbuhan Sel-sel dan Meningkatkan Sistem Imuniti

Dr. Richard Wilstatter (1915) dan Dr. Hans Fischer (1930) masing-masing telah menerima Anugerah Nobel dalam Jurusan Perubatan dan Kimia kerana menemui struktur molekul sel darah merah manusia dan klorofil. Dari sinilah dapat ditunjukkan bagaimana klorofil menggalakkan pertumbuhan sel-sel dan penghasilan sel-sel membantu dalam membina sistem daya ketahanan.


Ciri-ciri Penghasilan Darah

Penerima-penerima Anugerah Nobel, Dr. Richard Wilstatter dan Dr. Hans Fischer juga telah membuat penemuan bahawa terdapat hanya satu perbezaan ketara di antara sel-sel darah merah dan klorofil iaitu klorofil mempunyai atom magnesium di dalam nukleusnya, manakala sel-sel darah merah mempunyai besi. Dengan itu, klorofil dapat membantu dalam kes-kes anemia dan keadaan kekurangan darah.


Membersihkan Badan daripada Racun Serangga dan Sisa-sisa Toksin Perubatan

Pakar pemakanan Prof. Bernard Jensen menjelaskan bahawa klorofil amat berkesan dalam mengurangkan toksin-toksin dari racun serangga dan sisa-sisa perubatan dengan mencucikannya keluar daripada badan. Beliau juga memerhatikan bahawa orang-orang sihat lazimnya mempunyai lebih tinggi jumlah darah berbanding dengan orang yang sakit. Bagaimanapun, selepas mengambil klorofil dengan banyak, jumlah darah pesakit telah bertambah dan kesihatan juga meningkat.


Mengurangkan Masalah Badan

Seorang saintis bernama Offen Krantz mendapati bahawa kebaikan-kebaikan klorofil dapat menolong pesakit-pesakit ulser perut. Klorofil telah menjadi pelengkap perubatan yang diarahkan oleh para doktor bagi pesakit yang mendapat ulser perut.


Memperbaiki Kulit Bermasalah dan Mencantikkan Kulit

Akhbar “The New England Medical Journal” telah melaporkan yang klorofil menolong dalam mengawal masalah-masalah kulit dan jangkitan dalaman. Akhbar “American Journal of Surgery” telah menyiarkan penemuan dari Temle Universiti mengenai penggunaan klorofil dalam penyembuhan luka-luka pembedahan dan keadaan-keadaan lain yang berkaitan.

KENALI KLOROFIL DAN ALFALFA

 Apakah Klorofil?

Klorofil merupakan penawar alam semulajadi yang didapati pada pigmen hijau tumbuh-tumbuhan hijau. Dalam proses yang dipanggil “fotosintesis”, klorofil dalam tumbuh-tumbuhan hijau menyerap dan menyimpan tenaga daripada cahaya matahari bersama dengan karbon dioksida di udara, air dan mineral-mineral dari tanah untuk menghasilkan makanan. Tenaga itu diperlukan untuk menukar air dan karbon dioksida menjadi glukosa – sumber utama tenaga untuk semua organisma hidup.


Mengapa Alfalfa?

Alfalfa dipilih kerana ianya mengandungi empat kali ganda lebih klorofil daripada sayur-sayuran lain. Akar-akarnya tumbuh sangat dalam untuk menyerap mineral-mineral seperti kalsium, besi, magnesium dan lain-lain.
Satu sudu besar JUARA International Liquid Chlorophyll sama seperti mengambil sayur-sayuran sebanyak 1.5 kg. Ia adalah sumber nutrien yang penting bagi merangsangkan kesihatan yang baik. 

KEMUNGKINAN TINDAK BALAS

Jika berlaku perubahan yang tidak menyenangkan pada peringkat awal pengambilan, misalnya muntah-muntah, bisul, gatal-gatal, atau demam adalah kesan tindakbalas yang positif dalam proses perubahan kesihatan badan anda.

Kesan tindak balas ini tidak akan berpanjangan hanya pada peringkat awal sahaja. Teruskan pengambilanya, InsyaAllah anda akan menjadi bertambah sihat dan cergas.

Berikut adalah kesan-kesan tindak balas peringkat awal terhadap individu sewaktu memulakan pengambilanya.

  • Mengantuk - Masalah hati
  • Letih dan penat - Masalah bahagian dada
  • Muntah - Masalah sistem penghadaman
  • Pening sakit kepala / susah tidur - Tekanan darah / masalah paru-paru
  • Deman - Darah tidak seimbang dan kepekatan darah
  • Kentut - Masalah usus
  • Berpeluh - Haba dalam badan
  • Cirit birit - Masalah limpa / hati
  • Sakit tekak / kerongkong - Masalah paru-paru
  • Sengal sendi - Masalah urat darah
  • Bengkak badan - Masalah buah pinggang
  • Sakit pinggang - Masalah buah pinggang
  • Najis berdarah - Masalah usus
  • Sembelit - Masalah usus besar
  • Kencing berbau - Masalah buah pinggang
  • Susah buang air kecil - Masalah urat darah / buah pinggang

Jika terdapat perkara-perkara berikut berlaku terhadap diri anda diperingkat awal pengambilanya itulah petanda keberkesanan yang sangat positif dalam proses pemulihan.

Sunday 8 January 2012

FUNGSI UTAMA LIQUID CHLOROPHYLL

Cleansing / Pembersihan
Pembuangan bahan toksid dan menghapuskan bahan pencemar daripada badan kita.

Regulating / Pengawalan
Pengimbangan hormon badan dan tahan pH asid/alkali.

Replenishing / Pengayaan
Menambahkan darah dengan pelbagai jenis nutrien pembina.

Preventing / Pencegahan
Mencegah badan daripada dijangkiti penyakit-penyakit.