Showing posts with label Alfalfa Flower. Show all posts
Showing posts with label Alfalfa Flower. Show all posts

Sunday, 25 December 2011

Kebaikan Alfalfa



1. Membuang toksin dan menentang penyakit dalam badan. Turut berkebolehan dalam meningkatkan kesihatan hati.

2. Baik untuk penyakit kulit dan bengkak urat.

3. Memperbaiki sistem perkumuhan dan merendahkan tekanan darah.

4. Mengimbangi hormon dalam badan dan melancarkan peredaran haid.

5. Menolong dalam mengubati masalah ketegangan otot, arthritis dan bursitis.

6. Menolong dalam merendahkan paras kolestrol.

7. Membantu merendahkan tahap gula dalam darah dan merupakan rawatan semulajadi untuk kencing manis.

8. Meringankan simptom monopaus dan membantu mengawal simptom-simptom monopaus.

9. Menolong dalam rawatan ulser penghadaman. Ia mengandungi vitamin A, C, E dan zink yang telah dibuktikan dapat menyelesaikan masalah batu karang dalam buah pinggang.

10. Ia kaya dengan serat dan mengandungi enzim untuk menolong dalam penghadaman dan meningkatkan selera makan.

11. Meningkatkan tahap tenaga dan mengurangkan keletihan (Bagus diambil semasa berpuasa)

12. Menolong dalam masalah sembelit, hemorrhoids dan gastrik.

Mari Kenali Alfalfa



Alfalfa bukan vitamin mahupun mineral tetapi adalah salah satu sumber terkaya di dunia bagi beberapa jenis vitamin dan mineral. Perkataan "alfalfa" berasal dari perkataan arab yang bermaksud "raja segala tumbuhan" dan sememangnya alfalfa adalah raja segala tumbuhan.

Alfalfa salah satu makanan paling lengkap dan paling mujarab dari segi nutrisi, yang boleh dijumpai dalam alam semula jadi. Tumbuhan ringkas ini mampu membekalkan 15 jenis mineral, 10 jenis vitamin dan juga gentian.

Sesetengah daripada gentiannya adalah unik bagi alfalfa sahaja dan tidak didapati dengan begitu ketara dalam tumbuhan-tumbuhan lain. Ia juga membekalkan 8 jenis enzim perlu yang membantu kita menghadamkan lemak, karbohidrat dan protein. Alfalfa juga merupakan sumber yang kaya dengan klorofil; iaitu salah satu pendetoksikan dan penyahbauan alam semula jadi yang terbaik. ia juga mempunyai kandungan protein yang tinggi di samping mengandungi setiap asid amino perlu.

Salah satu rahsia pokok alfalfa terletak pada sistem akarnya yang begitu panjang. Akar alfalfa menjalar jauh ke dalam tanah sehingga mencecah sedalam 26 kaki, oleh itu ia dapat menyedut nutrien-nutrien yang tidak boleh dicecah oleh tumbuhan-tumbuhan lain seperti selenium, silikon, zink, potasium, kalsium, besi. Daunnya juga mengandungi saponins, phytoesrogen dan anti oksidan.

Alfalfa banyak digunakan untuk masalah keletihan. penghadaman, kurang selera makan, artritis, alergi, asma dan banyak lagi.